top of page

PEMBUNUH BERNAMA ASMA

Writer: LUQMAN HERBS CENTRE BLOGSLUQMAN HERBS CENTRE BLOGS

Updated: Dec 19, 2017

Tahukah anda, seseorang pesakit yang mempunyai #asma boleh perangkap kuantiti udara sebanyak 2 Liter di paru-paru yang cukup untuk kembangkan sebiji bola keranjang? Terkejut bukan?

Tahukah anda bahawa lebih 1 milion Warga Amerika yang merangkumi 5 milion kanak-kanak mempunyai penyakit #asma . Setiap tahun, ini meragut hampir 5000 nyawa warga Amerika. 5000 kes #asma kronik diwadkan setiap tahun. Siapakah dalangnya? Penyakit #Asma .


#Asma merupakan penyakit kronik yang akibatkan radang di sistem pernafasan yang menjadikan pernafasan itu sukar. Saluran pernafasan manusia menyerupai sebatang pokok yang telah diterbalikkan. Saluran ini membawa gas oxygen ke paru-paru yang juga berfungsi untuk menyingkirkan karbon dioksida daripada badan. Apabila kita bernafas, udara disalurkan tanpa halangan ke dalam dan ke luar paru-paru melalui saluran pernafasan.


Apabila seseorang mengalami penyakit #asma , saluran pernafasan akan menjadi tidak normal dan keradangan akan berlaku. Pesakit #asma boleh bernafas masuk secara normal namun apabila perlu hembus nafas keluar maka saluran pernafasan menjadi tersekat and udara terperangkap di dalam paru-paru. Tahukah anda, seseorang pesakit yang mempunyai #asma tidak kronik boleh perangkap kuantiti udara sebanyak 2 Liter yang cukup untuk kembangkan sebiji bola keranjang? Terkejut bukan?


Ketika saluran pernafasan menjadi bengkak dan radang, ini menghasilkan lender berlebihan yang lagi menyempitkan saluran pernafasan. Ini akibatkan simptom-simptom seperti “Wheezing”, batuk, ketat dada, dan bernafas pendek. Keadaan ini boleh disamakan dengan cubaan untuk bernafas melalui sebatang Straw sahaja. Pedih rasa? Itulah kepedihan yang dirasai oleh setiap pesakit #asma di Malaysia.


Walaupun sistem perubatan moden di Malaysia adalah sangat maju dalam teknologi diagnosis penyakit namun asma masih lagi merupakan penyakit kronik kerana boleh membawa maut jika dipandang remeh. Di Amerika Syarikat, kadar pesakit #asma telah meningkat 75 peratus merangkumi semua agama, jantina, usia apabila dirujuk kepada “Centresor Diseases Control and Prevention.”


Dianggarkan kira-kira 1.6 juta hingga dua juta penduduk di Malaysia menghidap asma. Jumlah ini dilihat semakin meningkat, malah dicatatkan lebih 250,000 dalam kalangan pesakit asma di seluruh dunia maut pada setiap tahun." Merujuk kepada Utusan Melayu (M) Bhd.

Simptom-simptom asma setiap pesakit adalah tidak sama dan berubah dari individu ke individu dari “mild” ke kronik.Pesakit #asma selalunya mengalami nafas pendek, ketat dada,batuk dan “wheezing” seperti yang telah dikatakan tadi. Namun begitu, ramai juga yang tidak merasakan simptom-simptom ini malah hanya mempunyai batuk yang kronik, terutamanya sebelah malam atau selepas bersenam.


Simptom-simptom #asma boleh bermula selepas beberapa minit terdedah kepada stimuli dan mungkin berlanjutan sehingga beberapa minit. Bagi kes asma kronik pula, mungkin berlanjutan sehingga berjam-jam atau berhari-hari. Ini selalunya berlaku pada awal pagi, 2-3 jam selepas tertidur dan pesakit mungkin akan terbangun akibat kesukaran bernafas.


Siapakah yang boleh mendapat #asma?


Sesiapa sahaja boleh mendapat #asma dan ini boleh bermula pada mana-mana peringkat usia. Penyakit ini ada kemungkinan diwarisi turun-temurun. Ini bermaksud jika seseorang dalam keluarga terdekat mempunyai #asma, hal ini bermaksud peluang anda untuk mendapat #asma adalah tinggi. Tidak disangkalkan bahawa #asma sering berkembang ketikan peringkat usia muda dan kanak-kanak. Mereka yang mempunyai masalah alergik kulit juga mempunyai mungkin akan menghidapi masalah #asma.


TAHUKAH ANDA?


Apa yang membimbangkan, majoriti pesakit asma di Malaysia menganggap diri mereka dapat mengawal dengan baik penyakit yang tidak boleh disembuhkan itu, sedangkan sebanyak 93 peratus daripada mereka dikategorikan sebagai kumpulan yang tidak dapat mengawal atau separa kawal asma berdasarkan garis panduan Inisiatif Sedunia untuk Asma." Merujuk kepada Utusan Melayu (M) Bhd.

"An ounce of prevention is worth a pound of cure- DrN Luqman"


Penyakit #asma boleh membuatkan anda cepat penat dan susah fokus dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu, berat badan yang “ideal” juga amat penting dalam menangani masalah ini. Pusat Rawatan Naturopati dan Homeopati Luqman Herbs Centre di Bandar Baru Bangi boleh membantu anda dalam hal ini dengan menguatkan sistem imun badan dengan amalan herba-herba yang sesuai dengan badan pesakit asma. Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh telefon/emel/ walk in ke pusat rawatan kami.


 
 
 

コメント


© 2023 by Suha Seri Luqman Herbs Centre. Proudly created with Wix.com

bottom of page