Pengasas Luqman Herbs Center

Allahyarham Doc Luqman Selva

Setiap pesakit yang memberikan respon yang positif memang menjadikan saya lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan perjuangan saya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan perkhidmatan saya. Saya suka sangat mendengar ayat “Terima kasih Doc, I dah ok…” ayat-ayat seperti inilah yang memberikan “charge” kepada saya untuk meneruskan bidang kerjaya yang sangat mencabar ini.

51422017_113976993056754_3372916071852933120_n.jpg

DrN Luqman Selva Bin Abdullah
Our Late Founder of Luqman Herbs Centre

Tentang Kami

Kami di Tingkat 1.png

Diamalkan sejak 1990-an, Vaidya (DrN) Luqman Selva (Phd.) – (Balik Pulau Selva Vaidyar – PAKAR AYURVEDIC & HOMEOPATHY) merupakan pengasas Luqman Herbs Centre. Beliau adalah cucu kepada Manangkudi Vaidya Alagar yang terkenal di Ramnad, India Selatan. Mempelajari perubatan India sejak kecil daripada arwah bapanya dan kemudian di Manangkudi, India di bawah bimbingan terus datuknya; Manangkudi Vaidya Alagar sebelum beliau melanjutkan pengajian perubatan India kuno Ayurveda dan Homeopati di Kollimalai, India. Selepas menamatkan pengajiannya, Vaidya (DrN) Luqman Selva (Phd.) menubuhkan amalan Ayurveda sendiri di kampung halamannya di Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1990 dan sangat dikenali bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi juga oleh warga asing di seluruh dunia. Selepas memeluk Islam pada 2005, Vaidya DrN Luqman Selva (Phd.) kemudian berpindah ke Bandar Baru Bangi, Selangor. Pada masa ini, Cik Suha Perawat Naturopati dan Perawat Homeoapti Doc (H) Subhadra yang merupakan anak perempuannya mengendalikan Pusat itu selepas kematiannya pada Januari 2022.